Salam satu Borneo.esok 31 ogos.apakah yang saudara-saudara Borneo Utara raikan pada hari itu?merdeka 55 atau Merdeka 49?
Dalam gambar pertama,kita boleh lihat bendera apa yang dikibar pada 1957.adakah ianya bendera yang sama seperti jalur temberang kita pada hari ini?1957 ialah merdeka malaya.tiada kena mengena dengan kita.
Lihatlah.kita bukan negeri dalam malaysia hasil evolusi malaya.kalau malaya dari awal lagi tawarkan untuk jadi negeri saja,anda fikir Tun Donald stephen dan para pemimpin kita zaman itu akan setujukah?malaysia akan terwujudkah jika mereka tak mau?
Beginilah perkara ini.sebelum singapura keluar,4 negara yang sama taraf dalam persekutuan malaysia.tapi selepas singapura keluar,kita jadi mangsa malaya.kita kehilangan kuasa kemerdekaan kita.kita dikata menumpang negara malaya untuk merdeka.negara kita dihina seteruk ini.masih nak sambut merdeka 55?masih ada golongan mengatakan "tidak apa"?malah ada yang kata tidak perlu keluar malaysia.cuma tuntut hak dalam malaysia?bukan itu bermaksud masih mahu jadi sekadar negeri?masih mahu dijajah?kita adalah negara,bukan negeri!buktinya,kita ada tarikh kemerdekaan kita sendiri.bukan menumpang untuk merdeka,sampai dipaksa merayakan tarikh merdeka negara orang dan melupakan tarikh merdeka kita sendiri?layakkah ini disebut 'memerdekakan'?
Sabah merdeka 31 ogos 1963.malaya merdeka 31 ogos 1957.Sarawak merdeka 22 julai 1963.malaysia hanya wujud 16 september 1963.syarat penubuhan malaysia adalah negara anggota perlu merdeka dulu.sebab tu negara Sabah merdeka 2 minggu sebelum itu.MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH.jadi sambutan 55 tahun malaysia merdeka ialah SATU PEMBOHONGAN!kamu tidak percaya Sabah merdeka sebelum penubuhan malaysia?
Ini buktinya.masih ada yang mahu menafikan Sabah adalah sebuah negara?kenapa kita harus sambut kemerdekaan ke 55 malaya?salahkah kita menyambut kemerdekaan ke 49 Sabah sedangkan itu adalah fakta sebenar?siapa yang kata ini salah?malaya?kalau malaya kata salah,masihkah malaya mendabik dada dan mengatakan malaya memerdekakan Sabah bila mereka memaksa Sabah melupakan kemerdekaan sendiri dengan hanya membenarkan sambut merdeka 55?bukankah itu satu penjajahan?
Jadi sambutlah kemerdekaan ke49 Sabah.sabahan jangan sambut merdeka 55 malaya.sambut kemerdekaan ke 49 sebagai tanda protes turunnya negara kita ke taraf negeri.Sabah harus sentiasa jadi negara dihati kita.
SELAMAT HARI MERDEKA KE 49 SABAH!
boleh saya tahu serba sedikit background admin ? maksud saya, education dalam bidang apa or something.
ReplyDelete