Thursday 3 January 2013

Seruan Merdeka

kepada warga Sabah dan Sarawak yang belum faham perjuangan untuk merdeka.memberitahu mereka seperti memberitahu kepada kanak-kanak kerana mereka masih senang ditipu oleh malaya seperti kanak-kanak.

Dengar sini:

Wahai sabahan!wahai sarawakian!ketahuilah.kita ada negara!dan kita patut tahu!dan bagi yang menganggap malaysia negara,baiklah.kita cuba pakai 'kacamata' kamu dulu.

Kalau ada negara yang dari jauh mau menakluk negara kamu,merampas hak kamu untuk memerintah sendiri,cuba menghapus bangsamu,menjadikan kamu bangsa mereka,ambil barang kamu,makan duit kamu 90 sen tinggal 10 sen lagi untuk kamu,apa kamu rasa?baguskah?macam mana kalau dia mengaku barang kamu semua dia yang punya?apa kamu rasa?masih kata tidak apa?tidak apa?mesti tidak tahan kan?mesti mau pertahankan malaysia(negara) bermati-matian kan?

Sekarang,kita tengok.berapa jauh semenanjung dari Sabah dan Sarawak?naik kapal terbang 30 minit boleh sampaikah?
Kalau kita tahu bapa kandung kita dikurung dan diseksa oleh orang yang kita sangka bapa kita selama ini,apa kita buat?kalau tidak tahu tidak apa.kalau tahu?masih tak mahu tolongkah? Kekayaan kita dirampas,kemudian dibagi dengan 'anak penjahat' lain.kita dapat sisa saja padahal itu kita yang punya.apa kamu rasa?

Tahun 1957 sudah ada malaysiakah?kalau tidak tahu tidak apa.sekarang beritahu kamu.1957 hanya malaya@persekutuan tanah melayu saja merdeka.1963 baru gabung dengan Singapura bersama dua lagi negara yang baru dijajah british selepas perang dunia kedua,iatu North Borneo(Sabah) dan Kingdom of Sarawak membentuk malaysia.itu pun Sabah dan Sarawak kemukakan syarat dulu.syaratnya adalah 20 point agreement untuk Sabah dan 18 point agreement untuk Sarawak.malaya pun (mungkin pura-pura) setuju.

Dalam point 5,jelas disebut "malaysia but NOT melayu raya".faham tak?ada yang cakap melayu raya itu adalah indonesia.salah tu.melayu raya kalau dalam englishnya adalah Great Malaya.MALAYSIA BUKAN GREAT MALAYA!malaya adalah anggota malaysia,bukan tukar nama jadi malaysia!itu janji tahun 1963.MALAYA JANJI PADA SABAH DAN SARAWAK BAHAWA SABAH DAN SARAWAK TETAP NEGARA DALAM MALAYSIA,BUKAN JADI NEGERI DALAM GREAT MALAYA!kalau tak janji tak apa.INI,SUDAH JANJI!

Tapi sekarang,dari perlis hingga ke johor hanya faham bahawa mereka negeri dalam malaysia.mereka akan persoalkan jika Sabah dan Sarawak dapat autonomi pun.mereka tidak akan mahu mengerti yang malaya anggota malaysia.mereka hanya tahu malaya tukar nama saja.menuntut hak saja didalam great malaya?tak perlu keluar dari great malaya?

Kenapa tidak terlintas langsung difikiran warga Sabah dan Sarawak yang pro malaysia,untuk mempertahankan negara sendiri walaupun tahu kebenaran ini?begitu hinakah negara kita ini dimata warganya sendiri?tidak bernilaikah negara kita ini untuk dipertahankan?dimanakah maruah kita sebagai warga negara ini?

Sekarang kami berseru kepada yang sedar.ayuh keluar dari Great Malaya@Malaysia!klik logo kuning dikanan blog dan ikuti panduan yang diberi,sign petition!bila cukup 300,000 Tandatangan,kita akan ke ICJ!

About Me

Just an ordinary people,who want to see independence for his own country.