Friday 17 August 2012

DOSA TUN RAZAK TERUS HANTUI NAJIB DI SABAH

Najib terus memburu bayang-
bayang di Sabah. Bayang-
bayang itu ialah sokongan kaum
Kadazandusun(KDM) kepada
Barisan Nasional.

Pada tahun 1974, setelah Akta
Pembangunan Petroleum di
luluskan, KM Sabah Tun
Mustapha berkeras tidak
bersetuju cadangan kerajaan
Persekutuan memberi royalti
sebanyak 5%. Tun Mustapha
menuntut 45% (The Asia
Magazine).

Perdana Menteri, Tun Abdul
Razak memanggil salah seorang
menteri kanan kabinet Sabah,
Harris Salleh (Tan Sri) ke Kuala
Lumpur. Tun Razak merancang
menjatuhkan Tun Mustapha dan
USNO.

Parti BERJAYA ditubuhkan. Harris
beritahu Tun Razak, dia tidak
boleh mempengaruhi pengundi
Kadazandusun. Harris tahu
kaum KDM akan memihak
kepada USNO jika tahu Tun
Mustapha mahu royalti yang
tinggi kepada Sabah.

Harris mencadangkan supaya
Tun Mohd Fuad yang pada ketika
itu TYT Yang Di Pertua Negeri
Sabah, mengetuai BERJAYA.
Harris juga cadangkan supaya
isu royalti minyak jangan
disentuh sama sekali.

Tun Razak kurang setuju
cadangan Harris itu. Razak kenal
dan tahu Tun Fuad dan Tun
Mustapha sejak awal penubuhan
Malaysia. Tun Razak tahu kedua-
dua pemimpin itu tidak mudah
menyerah kalah dalam isu
royalti minyak.

Jika BERJAYA menang dan Tun
Mohd Fuad jadi KM Sabah,
masalah yang sama dengan Tun
Mustapha juga akan dihadapi
kerajaan Persekutuan dalam
perundingan royalti minyak
dengan kerajaan Sabah.

Apapun, Tun Mustapha mesti
ditumbangkan terlebih dahulu
dan jika timbul masalah dengan
Tun Fuad, ia boleh ditangani
kemudian. Atau jika ada
peluang kenapa tidak bunuh dua
ekor burung dengan satu
peluru!?

Sejak awal, pemimpin-
pemimpin KDM terutama Tun
Mohd Fuad, GS Sundang,
Sedomon, Ghani Gilong dan
Peter Mojuntin kurang senang
dengan dasar pecah dan
perintah Kuala Lumpur.
Pada pilihan raya umum
pertama 1967, UMNO secara
langsung campurtangan
menyokong parti USNO dan MCA
menyokong parti SCA.
Sedangkan pada pilihan raya itu
parti USNO, UPKO dan SCA
menganggap pilihan raya
tersebut sebagai ‘friendly
contest’ kerana ketiga-tiga
parti adalah anggota Sabah
Alliance.

Pilihan raya 1967 adalah titik
tolak perpecahan rakyat Sabah
kepada dua kumpulan:
Bumiputera Islam dan
Bumiputera bukan Islam.

Dalang disebalik perpecahan itu
ialah Tun Razak!

Pada pilihan raya tahun 1976,
Tun Razak juga yg menjadi
okestera penubuhan BERJAYA
dan menjadi punca terpisahnya
dua pemimpin yang Sabah yang
telah bersumpah dihadapan
Kaabah sebagai saudara
kandung, Tun Mustapha dan Tun
Mohd Fuad Stephens.

Hari ini Najib menjejaki nostalgia
Tun Razak di Sabah….Terus
mengejar bayang-bayang….

muslioli.blogspot.com/2012/06/dosa-tun-razak-terus-hantui-najib-di.html?m=0

No comments:

Post a Comment

About Me

Just an ordinary people,who want to see independence for his own country.