Wednesday 8 August 2012

malaya,jangan cuba nak tipu lagilah!

Seorang yang bodoh berkata: Sebenarnya
bagi saya, kemerdekaan seluruh
Malaysia, termasuk Sabah adalah
pd 31 Ogos 1957. Saya tau mesti
ada rakyat Sabah/Sarawak yg tak
setuju dgn saya. Kita kira tarikh
wilayah pertama negara merdeka
sbg tarikh kemerdekaan negara,
ini pun praktik di negara lain
juga. Wilayah pertama Malaysia
yg merdeka ialah Semenanjung
pd 31 Ogos 1957, jd ini dikira
kemerdekaan seluruh Malaysia
termasuk Sabah dan Sarawak pd
tarikh itu. Di US pun sama,
seluruh US sambut 4 Julai 1776
sbg tarikh merdeka seluruh US tp
pd tarikh itu hanya 13 buah
negeri US sj yg merdeka, 37
negeri lain masuk US masa demi
masa, Alaska dan Hawaii masuk
US 1959 tp masih celebrate 4
Julai sbg hari kemerdekaan.
Papua masuk Indosesia pd 1962
tp sambut hari merdeka pd 17
Ogos 1945 sbg hari kemerdekaan
Papua sbg wilayah Indonesia.
Vietnam Selatan yg bersatu dgn
Vietnam Utara pd 1975
menyambut hari kemerdekaan
Vietnam pd 2 September 1945, ia
itu hari kemerdekaan Vietnam
Utara. Begitulah seterusnya juga
di negara2 lain. Katakan esok2
Brunei atai mana2 wilayah lain
masuk Malaysia, apakah mereka
juga mahu tarikh merdeka
berasingan? Apa pun, saya setuju
Hari Malaysia 1963 elok disambut
secara rasmi. Ini cuma
pandangan saya, harap tak
menyinggung sesiapa...

Tapi,fakta sebenar ialah: Sedia maklum bahawa, tiga
belas koloni Amerika Syarikat
yang mengisytiharkan merdeka
dari Great Britain pada 4 Julai
1776 ialah :
1. New Hampshire;
2. Massachusets;
3. Rhode Island;
4. Connecticut;
5. New York;
6. New Jersey;
7. Pennsylvania;
8. Delaware;
9. Maryland;
10. Virginia;
11. North Carolina;
12. South Carolina; dan
13. Georgia

Intisari pemasyhoran
kemerdekaan Amerika Syarikat
ialah “..We hold these truth to
be selvident, that all men are
created equal, that they are
endowed by their Creator with
certain an alienable right, that
among these are life, liberty, and
persuit of happiness ..”

Di akhir pemasyhoran
tersebut, dinyatakan buat
pertama kalinya nama baru
negara mereka sebagai United
States of America (USA).

Perlu ditegaskan bahawa,
penambahan wilayah USA dari 13
koloni kepada 50 koloni dengan
dua cara. Pertama, melalui
peperangan. Kedua, melalui
pembelian atas dasar perang dan
perluasan USA.

Justeru, yang lebih penting lagi
adalah, penambahan wilayah USA
dari 13 koloni kepada 50 koloni
tidak ada teks pemasyhoran
kepada dunia sebagai negara
baru dengan nama negara baru.

Dengan kata lain, tidak
seperti
sebagaimana yang berlaku
kepada pembentukan Malaysia,
yang terang dan jelas mengubah
nama Malaya 1957 kepada
Malaysia 1963, yang juga disertai
dengan teks pemasyhoran
kepada dunia sebagai negara
baru dengan nama baru
(Malaysia 1963 bukan Malaya
1957).

Demikian juga dalam soal
Papua, Papua bukan masuk
Indosesia pada 1962, tetapi
ditakluk melalui peperangan, di
samping tidak mengubah nama
Indonesia yang merdeka pada 17
Ogos 1945.

Dalam soal Vietnam pula,
Vietnam Selatan telah bersatu
dengan Vietnam Utara pada
1975, juga ditakluk melalui
peperangan dan tidak mengubah
nama Vietnam yang merdeka
pada 2 September 1945.

Ingatlah! Malaysia dibentuk
dan bukan melalui peperangan
atau pembelian sebagaimana
yang berlaku kepada
penambahan wilayah USA/
Indonesia/Vietnam.

Tegasnya, Malaysia adalah
negara baru dengan nama baru
yang dibentuk dan
ditandatangani atas persetujuan
bersama Sabah/Sarawak/Malaya
untuk menjadi Malaysia 1963,
dan bukannya bagi pihak negara
yang menang dan kalah perang;
atau negara pembeli dan penjual
negara sebagaimana yang
berlaku kepada penambahan
wilayah Indonesia/Vietnam/USA!

No comments:

Post a Comment

About Me

Just an ordinary people,who want to see independence for his own country.