Friday 7 September 2012

MALAYA NAK AUTA LAGI?

Malaysia adalah sebuah negara yang unik di
mana ia mempunyai dua tarikh 'keramat'.
Pada 31 Ogos setiap tahun semenjak 1957,
negara merayakan kebebasan daripada
penjajahan dan ini dikenali sebagai 'Hari
Merdeka'(itu cuma dimalaya!) manakala 16 September semenjak
1963, ia merayakan ulang tahun
pembentukan Malaysia (kemasukan Sabah
dan Sarawak)[SABAH DAN SARAWAK MASUK MALAYSIA?INGAT KORANG YANG MALAYSIA?KORANG MALAYALAH!] di mana hari ini dikenali
sebagai 'Hari Malaysia'.
Bagaimanapun masih terdapat perdebatan
daripada golongan pihak-pihak tertentu.
Dakwa golongan ini, kenapa negara tidak
merayakan hanya hari Malaysia sedangkan
tarikh 16 September adalah lebih penting
dan relevan kerana pembentukan Malaysia.
Bagaimanapun ramai rakyat Malaysia tidak
bersetuju. Jawapannya adalah mudah.
Menurut para cendekiawan, golongan
akademik dan sejarahwan, contoh yang
paling menonjol boleh diambil dari Amerika
Syarikat yang mengagungkan 4 Julai sebagai
'Independece Day'.
Rakyat bersatu
Amerika Syarikat, sebuah kuasa besar dunia
dan pernah dijajah British, merayakan hari
kemerdekaannya pada 4 Julai setiap tahun.
Menurut seorang pensyarah universiti (yang
enggan dinamakan kononnya), "Tidak ramai yang tahu
bahawa pada tarikh 4 Julai 1796, hanya ada
13 negeri bekas tanah jajahan British di
Amerika yang mencapai kemerdekaan
sebagai sebuah negara.
"Negeri terakhir, Hawaii, hanya bergabung
dengan Amerika Syarikat pada 21 Ogos,
1959 menjadikannya negeri ke-50 dalam
Amerika Syarikat.
"Tetapi rakyat Amerika masih merayakan
kemerdekaan mereka pada 4 Julai dan
bukannya tarikh 21 Ogos kan? Begitu juga
dengan negara kita, tarikh yang dianggap
Merdeka adalah 31 Ogos," kata beliau.
(waktu hawai masuk amerika,ada janji apa-apa kah?tapi pembentukan malaysia 1963,jelas ada janji!kami bukan masuk malaya!)
Kebebasan
Penjajahan negara ini bermula pada tahun
1511 bila Portugis menawan Melaka.
(sejarah korang mula di melaka.tapi tiada kena mengena dengan kami!)
Belanda kemudian mengalahkan Portugis
pada 1644 dan meneruskan penjajahan.
Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824
telah membuka pintu kepada pihak British
untuk bertapak di Tanah Melayu.
Jepun menyerang Tanah Melayu pada 1941
dan menyerahkannya kembali kepada British
pada tahun 1945, di hujung Perang Dunia
Kedua.
(asyik-asyik tanah melayu.Borneo bukan tanah melayu,bangsat!)
Jelas pensyarah itu lagi, Hari Kemerdekaan
Malaysia adalah untuk memperingati hari di
mana semua warga negara ini mencapai
kebebasan daripada penjajah.
"Dan ia bukan hanya kemerdekaan daripada
penjajahan British tetapi kesan daripada
penjajahan berkurun lamanya oleh orang
asing semenjak zaman penjajahan Portugis,
Belanda dan Jepun.
Bila negara mencapai kemerdekaan, kita
boleh merangka masa depan sendiri
berbanding apa yang kita terpaksa buat
menurut arahan penjajah," jelas pensyarah
itu lagi.
(macam yang korang buat kat Sabah dan Sarawak ye?)
Tanpa 31 Ogos, akan tiada 16 Sept
Katanya, dengan memberi kepentingan yang
lebih terhadap tarikh 16 September
berbanding 31 Ogos, ia akan 'melenyapkan'
pengorbanan dan perjuangan serta nilai
usaha para pejuang kebebasan negara.
(jadi korang bolehlah 'melenyapkan' pengorbanan dan perjuangan serta nilai usaha tun Donald stephen dan stephen kalong ningkan ye?korang je boleh ye?)
"Tanpa 31 Ogos, 1957, tidak akan wujud
tarikh 16 September, 1963. Tanpa
pengorbanan serta usaha keras para pejuang
kemerdekaan pada masa lampau untuk
mencapai kebebasan tahun 1957, tidak akan
ada sebuah persekutuan Malaysia yang
dibentuk pada tahun 1963.
(tapi tanpa persetujuan pemimpin Sabah dan Sarawak selepas korang janji malaysia 4 negara,tak akan wujud malaysia!)
"Inilah yang perlu diberitahu dan diabadikan
kepada generasi muda."
(tak payahlah korang nak auta kat sabah dan sarawak lagi.kami dah tahulah.)

Sabah merdeka 31 ogos 1963
Sarawak merdeka 22 julai 1963.
Nak kami lupa kemerdekaan kami sendiri?mengaku sajalah yang korang tu penjajah!

Sumber:malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

About Me

Just an ordinary people,who want to see independence for his own country.