Sunday, 16 September 2012
HARI UNTUK BERKABUNG
16 september,hari yang malang dalam sejarah negara Sabah dan negara Sarawak.pada hari ini,49 tahun yang lalu,negara kita dijajah semula selepas merdeka dari British dalam masa beberapa minggu saja.hari ini hari untuk berkabung dengan kematian kemerdekaan kita.
Jelas dinyatakan di CHAPTER 2:ENQUIRY IN NORTH BORNEO Section D. - summary of Evidence from indegenous and chinese populations and political parties; 118 (e) status of North Borneo in malaysia.
Bukti bahawa Sabah bukan 1 dari 14 tapi 1 dari 5 (kalau kira brunei.tapi brunei tak jadi ikut)
Mereka berempat inilah yang bersama-sama menubuhkan malaysia.lee kwan yew,donald stephen dan stephen kalong ningkan bukan kuli atau pengikut TAR!tapi rakan sama taraf!
Jelas disini.malaysia ditubuhkan pada 1963.jika malaya nak sambut merdeka 55,jangan nak paksa Sabah dan Sarawak sambut bersama!kenapa nak samakan malaysia dengan USA? Tanpa texas sekalipun,USA tetap wujud!tanpa hawaii sekalipun,USA tetap USA.tapi,TANPA SABAH DAN SARAWAK,TIADA MALAYSIA!kenapa tiba-tiba malaya mengaku jadi semenanjung malaysia?kalau korang nak sangat jadi malaysia,korang jadi badan induk tunggal malaysia,ambil sajalah malaysia korang tu.persekutuan yang menjadi haram selepas singapura disingkir ini patut dibubar saja.jadilah malaysia sorang-sorang.blah lah lu!
Sabah merdeka 31 ogos 1963,Sarawak merdeka 22 julai 1963.singapura merdeka 1959.malaya merdeka 1957.16 september 1963 baru malaysia wujud!Selama ini,kita percaya bulat-bulat buku text sejarah yang diajar disekolah.malang sekali.kita ditipu seteruk ini.kita jadi angkuh,bila sesetengah orang cuba memberitahu kebenaran,kita akan kata ia bohong semata-mata kerana ia tidak ditulis dalam buku sejarah sekolah.tapi sekarang zaman IT,kenapa harus sempit fikiran?bila kita berpeluang ke UK,cubalah lihat sumber sejarah kita disana,kamu akan tahu buku sejarah di malaysia tidak mencatat kebenaran.sebenarnya masih ada generasi lama kita yang ingat sejarah sebenar,tapi sangat sikit yang berani berkata benar.lebih-lebih lagi kerajaan malaya kuat pengaruhnya.siapa yang cuba nahaslah.tapi SAMPAI BILA HARUS TAKUT?SAMPAI BILA KITA MENGHARAP KEADAAN BERUBAH?SEDARLAH! HANYA KITA MAMPU MENGUBAHNYA!
Kita lihat berapa banyak kita rugi?sign petisyen kita!klik logo kuning 18/20 point di sebelah kanan blog.bila 300,000 sign terkumpul,perjuangan kita akan berhasil.ia pasti tidak akan sia-sia.kerana kita tuntut merdeka secara aman.sedarlah!kita tiada pilihan lain!kerana,malaya juga tiada pilihan lain selain merompak Sabah dan Sarawak!adakah kita patut menghiris daging kita sendiri untuk memberi makan pada Buaya?malaya tak mampu buat apa pun untuk jaga kita dari negara lain,kita selamat sebab kita anggota negara-negara komanwel,tak kira kita dalam malaysia atau tidak!tanpa malaya sekalipun,kita mampu bersatu padu!sedangkan pm najib pun turut mengakui perpaduan kaum 1 malaysia terdapat di Sabah dan Sarawak! hidupkan semula negara kita!
Dum Spiro Spero!Pergo et Perago!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment