Saturday 10 March 2012

Yang Pro Malaysia,Baca!!!

Salam satu borneo kepada saudara dan saudari sekalian.tentu kamu hairan kenapa pada era kita ini tiba-tiba muncul kumpulan seperti kami yang mahu Sabah Sarawak keluar Malaysia.

Ini terjadi kerana kamu tidak tahu apa sebenarnya yang sedang terjadi sekarang.dan mungkin kamu tidak tahu yang manakah Negara kita yang sebenar.

Sejak dibangku sekolah,kita diajar yang kononnya Sabah Sarawak masuk Malaysia.padahal,itu adalah Agenda malaya mengajar sejarah palsu supaya kita tunduk kepada mereka.

Saudara sekalian.adakah benar kita merdeka dalam Malaysia?untuk pengetahuan saudara,sudah banyak kali fakta ini diulang untuk kefahaman kita sebab masih juga ada yang tak faham.

United Kingdom terdiri dari 4 negara.yaitu british,scothland,wales,dan ireland utara.berdasarkan acuan inilah malaysia dicipta.malaysia adalah terdiri daripada 4 negara.iaitu Sabah,(merdeka 31 ogos 1963)Sarawak,(merdeka 22 julai 1963)
singapore,(merdeka 3 jun 1959) dan malaya.(merdeka 31 ogos 1957)sewaktu malaysia agreement ditandatangani di london pun,wakil dari malaya cuma beberapa orang saja sebagai wakil seluruh Malaya.dan beberapa orang sebagai wakil dari Sabah,demikian juga Sarawak dan singapura.tiada pun wakil johor,wakil pahang,wakil kedah,dan sebagainya yang menandatangani Malaysia agreement 1963!

Saudara dan Saudari sekalian.malaysia agreement ditandatangani di london.United Kingdom lah yang telah membina malaysia ini.Tapi,saudara dan saudari.selepas singapore dikeluarkan pada 1965,perjanjian malaysia sudah tidak sah.kerana malaysia agreement yang asal masih tersimpan di UK,dengan tandatangan singapore masih disitu!tidak gilakah begitu?lebih gila lagi,tanpa kita sedari,kita diturunkan taraf jadi hanya setakat negeri seperti kedah dan perlis?apa guna kita Sabah merdeka 31 ogos 1963 dan Sarawak merdeka 22 julai 1963,bila hanya untuk menjadi negeri dalam malaysia yang dianggap hasil evolusi malaya?

Saudara dan Saudari sekalian.fikirlah.apa kebaikan bila kita dalam malaysia?janji melindungi sabah dari filipina sudah diingkari dengan kemasukan PATI yang diberi IC.apakah kita masih harus membutakan mata dan menulikan telinga?mana janji kedaulatan sendiri,kalau kata putus kita dipegang putrajaya?banyak ahli bijak pandai kita terpaksa berhijrah keluar negara kerana tiada peluang ditempat sendiri.18/20 point kemana? kamu kata "hanya kerajaan BN yang salah"?habis kamu sangka PR tu berbeza?untuk pengetahuan saudara saudari sekalian,walau bagaimana baik pun pemimpin dari malaya,ia hanya baik untuk malaya sahaja.tapi tetap tidak akan baik untuk Sabah dan Sarawak!lihatlah PR janjikan hanya 20%!padahal minyak itu siapa yang punya?sepatutnya malaya "minta" dan bukannya "beri"!tidakkah jelas mereka menganggap kita ni apa?merdekakah kita bila kita dikatakan "kau kepunyaanku"?

Saudara saudari sekalian.jangan setia tak bertempat.dengan mengatakan setia pada malaysia sekarang,kamu adalah pengkhianat negara!negara kita sebenar ialah negara sabah dan negara sarawak!

Rakan - rakan semua.
Sokongan pro malaysia
ini
timbul kerana tidak
faham
apakah yg rasional SSKM
ini.
Sini saya terangkan:
Bukan sebab kita tidak dapat
hasil
sepatutnya kita marah
dan
mahu keluar, Jika ini
persoalannya maka kita
tuntut dimahkamah.
Bukan sebab kerajaan
tempatan
yang lemah dan
memperbodohkan dan
menindas kita kita mahu
keluar, Jika ini
persoalannya
kita boleh kempen
dipilihanraya
.

Tapi bila KEDAULATAN
negara
kita Sabah dan Sarawak
dinodai dan kita
merelakan
maka itu menunjukkan
kalian
buta sejarah, Kalian tahu
apa
yang kalian telah buat?
YA negeri sarawak telah
berdaulat 170 tahun.
Miliki
rajah yg berdaulat,
dijajah 20
tahun dan merdeka 22
julai
1963.
Ya negeri sabah
berdaulat
123 tahun, Dijajah jepun 4
tahun dan merdeka 31
ogos
1963.
JanGaN buta sejarah,
JanGaN
buta
mata dgn apa yg dilihat
dan
dipertontonkan. JanGaN
leka dengan
apa yg kalian nikmati.
Dengan mengatakan sudah
terlambat kita merdeka,
kalian telah
mengatakan...
yang perjuangan Rosli
Dhobi itu
satu jenaka,
perjuangan ranger
sarawak
itu satu jenaka,
wasiat rajah brooke itu
satu
jenaka.
Perlantikan Koroh bin
Santulan itu satu jenaka,
kematian CM tan sri fuad
stephen itu satu jenaka.
perjuangan rakyat sabah
tentang jepun itu satu
jenaka.
Demonstrasi anti
cesssion itu
satu jenaka.
Tanah adat itu satu
jenaka.
Sabah dan sarawak itu
satu
jenaka.

Perjuangan SSKM ini
bukan
omongan kosong. Bukan
perkara enteng yg boleh
kalian dijadikan
permainan
lidah dan bola
pencaturan
politik.
SSKM berjuang demi
kedaulatan NEGARA yang
sudah
merdeka dan tiba-tiba
tanpa
referendum kita
diasimilasikan jadi negeri
malaya. Kata putus kita
dipegang Putrajaya. ITU
TIDAK ADIL! ITU DIJAJAH
NAMANYA. HARTA KITA
DIRAMPAS DAN ANAK
NEGERI
KATA ITU ADIL UTK SEMUA
NEGERI? Itu baru saya
kata
satu jenaka!

Jika kita berjaya keluar dari malaysia,kita akan ada pilihanraya yang lebih adil.jangan bertanya siapa pemimpin!para pakar juga akan pulang.mengenai keselamatan,kita ada back up sebagai anggota negara komanwel.dulu ketika konfrantasi dengan indonesia tahun 60an,malaysia bukan kuat juga.tapi boleh selamat?ingat sukarno mahu berunding kah?malaysia selamat kerana bantuan tentera komanwel!malaya boleh buat,kenapa kita tidak?jangan mengabaikan kebenaran hanya kerana kepentingan diri kerana keturunanmu dimasa depan akan menyalahkanmu bila mereka sudah hilang segalanya akibat kesalahan generasi terdahulu!

Sekian
Dari para pejuang.

6 comments:

  1. Salam Satu Borneo.
    Adalah satu impian saya bahawa negara Sarawak keluar dari Malaysia. Bukan saya tidak bersyukur dikaruniakan sebuah negara bernama Malaysia tetapi apa yang terjadi dengan Sabah dan Sarawak sekarang amat tidak memuaskan.

    Apapun saya tetap mengasihi Malaysia dan terus mendoakan kesejahteraannya. Yang penting bukan apa yang saya fikirkan tapi apa yang Tuhan rencanakan itulah yang pasti terjadi.

    Tuhan memberkati.

    Evangelist Ayron
    Year Of Glory Ministries
    www.yearofgloryministries.webs.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah sarawak menyertai malaaysia 16 september 1963 itu cuti hari malaysia bukan merdeka kalau sabah sarawak sudah menyertai malaysia kita seluruh malaysia menyambut hari merdeka 31 ogos setiap taun tak ada negara di dunia ini menyambut hari merdeka berpuluh puluh kali dalam satu taun

      Delete
  2. Terimakasih saudara.jika saudara menyokong perjuangan ini,jangan lupa tandatangan petisyen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi banyak jenaka kita panggil sabah sarawak negara tetapi matawang berurus niaga menggunakan matawang negara lain bukan seperti di brunei atau singapura angkatan tentera pun menggunakan tentera negara lain termasuk polis daripada 222 kerusi parlimen kita termasuk dalaam jumlah itu Kalau memikirkan sejarah dulu sabah sarawak pun asalnya negara brunei untuk menghapuskan pemberontak brunei menyerahkan sarawak kepad james brooke kerana mementingkan keselamatan soal minyak tidak timbul sama sekali
      Kalau kita tak dijajah mata kita belum terbuka lagi minyak di dasar laut yang kita gilakan itu tidak timbul dengan sendirinya kalau tak dicari itupun mengambil masa berpuluh puluh taun baru jumpa satu contohnya di miri baru taun lepas dapat kenapa datuk kita yang lalu lalang di situ tak tahu disitu ada minyak.
      Banyak perkara yang difikirkan kenapa brunei menyerahkan sabah kepada sultan sulu sedangkan sabah banyak minyak cuba fikirkan
      kenapa brunei menyerahkan sarawak kepada james Brooke sedangkan sarawak banyak minyak cuba fikirkan .tak ada maknanya minyak kalau tiada keselamatan
      Untuk menjadi sesebuah negara keselamatan yang mengatasi segalanya.

      Delete
  3. saya rasa tidak perlu sehingga keluar malaysia..lagi pun pemimpin sabah dan serawak boleh menuntut apa yg tidak puas hati dari kerajaan pusat..keluar dari malaysia hanya buat lebih byk masalah dari kebaikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp mereka kerajaan pusat tak akan mahu mengerti......

      Delete

About Me

Just an ordinary people,who want to see independence for his own country.