Wednesday 21 March 2012

Senario penjajahan Malaya keatas Sabah.

Untuk penulisan kali ni, saya
akan dedahkan satu per satu
konspirasi yang dilakukan
Malaya dalam perjuangan
haram politik "mereka"..saya
tidak akan pernah puas
berjuang walaupun hanya
melalui mata pena tapi jika
saya diminta untuk berjuang
secara fizikal, YA SAYA
SANGGUP...di samping tu,saya
berpesan kepada sesetengah
warga MALAYA yang masih
menghantar emel yang penuh
dengan kata-kata kesat,
tolonglah, saya tahu kamu
mempunyai otak yang boleh
berfikir secara
waras...tolonglah jangan hina
agama,bangsa dan negeri
saya lagi, jangan buat saya
selalu ketawa melihat emel
kamu tu yang tidak
menampakkan ketamadunan
MALAYA kamu...bukan
apa,saya kasihan tengok
orang-orang seperti kamu ni
tapi saya tidak salahkan
kamu, ni adalah ketuanan
kamu yang kamu pelajari
daripada keturunan kamu
yang cepat dengki kepada
orang lain, suka menghina,
memaki dan
sebagainya...biarpun kami
sudah keluar Malaysia, kita
masih sahabat bah, ramai
kawan-kawan saya orang
Melayu malah ada keluarga
angkat saya di Tanjung
Karang dan Kelantan...peace
guys
Cukuplah mengata keluarga
saya binatang sehingga
melahirkan anak seperti saya
binatang...
Cukuplah mengata saya ni
anak haram pijak di bumi
Allah...
Cukuplah mengatakan saya ni
kafir yang confirm masuk
neraka...
Cukuplah mengatakan saya ni
anak haram tidak kenang
budi...
Cukuplah mengatakan
keturunan saya ni sial...
Pelbagai lagi kata-kata kesat
yang korang lontarkan...tidak
apa bah,tangan saya masih
kuat untuk sambut, nanti
tinggal tunggu masa yang
sesuai, kena balik kepada
kamu ya...hahahaaa lawaklah
korang ni..

27 Mei 1961 ~ Tunku Abdul
Rahman mengutarakan
cadangan untuk mewujudkan
Malaysia yang mengandungi
Malaya, Singapura, Sabah dan
Sarawak..

23 Ogos 1961 - Malaya &
Singapura bersetuju untuk
bersatu tapi Sabah dan
Sarawak belum bersetuju...

15 november 1961 - Satu
memorandum yg diberi nama
"Singapore White Paper"
dipersetujui oleh pemimpin
Malaysia dan Singapura untuk
bercantum..

20-22 November 1961 - Satu
perbincangan diadakan di
London untuk membawa
Sabah/Sarawak menyertai
Malaya dan Singapura...

16 Januari 1962 - Satu
Suruhanjaya yg dipanggil
Suruhanjaya Cobbold telah
dibentuk untuk membuat
kajian tentang penyertaan
Sabah dan Sarawak...

29 Ogos 1962 - Sabah
mengemukan 20 Perkara yang
dipersetujui oleh lima buah
parti politik di Sabah...

9 July 1963 -
Perjanjian Malaysia 1963
ditandatangani..

28 Ogos 1963 - Satu pindaan
dibuat untuk
menentukan tarikh
penubuhan Malaysia iaitu
pada 16 September 1963..
Itu serba ringkas sejarah
penyertaan Sabah kedalam
Malaysia. Nampak semuanya
ok, tapi ada banyak cerita
disebalik perjanjian
tersebut...Sabah tidak
bersedia untuk merdeka
disebabkan keadaan
politik yang 10 tahun
dibelakang Malaya...2/3
daripada rakyat Sabah
menentang percantuman
tersebut dan Tun Fuad
Stephens sendiri menentang
percantuman Sabah dengan
Malaya... Tun Fuad bimbang
sekiranya Sabah akan
ditakluki oleh Malaya...Sabah
akhirnya bersetuju menyertai
Malaysia setelah beberapa
persetujuan dicapai diantara
Tun Fuad dengan Tunku
Abdul Rahman seperti yang
terkandung didalam
Perjanjian 20 Perkara... Selain
daripada perjanjian tersebut,
terdapat beberapa perkara
lagi yang dijanjikan oleh
Tunku Abdul Rahman... Salah
satu yang paling popular
ialah seperti berikut."

“THE GRANTING OF SELF-
GOVERNMENT TOO WOULD
ENABLE SABAH TO STAND ON
ITS OWN FEET
AS EQUAL WITH MALAYA,
SARAWAK AND SINGAPORE.”
BY TUNKU ABDUL RAHMAN AL-
HAJ, PRIME MINISTER OF
MALAYA
(SABAH TIMES, JESSELTON,
AUGUST 30,1963)

Jelas disini, bahawa taraf
Sabah didalam Persekutuan
Malaysia ialah setaraf dengan
Malaya…bukan setaraf
dengan Selangor atau
Pahang.Itu sebabnya
mengapa Sabah mempunyai
Menteri Kabinet sendiri…
bukan bertaraf EXCO macam
negeri-negeri di
Semenanjung. Yang Dipertua
Negeri Sabah juga sepatutnya
dipanggil Yang DiPertua
Negara Sabah.
Apa yang berlaku selepas
1963?
Pemimpin Sabah terlalu
bergantung kepada pemimpin
Umno Semenanjung dan
keadaan ini telah dieksploit
oleh pemimpin Umno.
Perjanjian dan jaminan yang
dibuat oleh Tunku mula
dilupakan dan keputusan-
keputusan dibuat secara
unilateral oleh pemimpin
Umno. Britain yang dilantik
sebagai pemegang amanah
untuk kesejahteraan rakyat
Sabah turut bersekongkol
dengan pemimpin Umno dan
akhirnya rakyat Sabah ditipu.
Sabah tidak lagi menjadi
negara yang setaraf dengan
Malaya tetapi hanya setaraf
dengan negeri-negeri lain di
Semenanjung.
Macam mana Sabah boleh
ditipu? Kedua-dua Perdana
Menteri Malaya dan Singapura
adalah dua peguam yang
professional tetapi tun Fuad
Stephens hanya berkelulusan
Cambridge ataupun SPM
sekarang, manakala Tun Datu
Mustafa hanyalah
berkelulusan sekolah rendah.
Malah bukan sekali Tun Datu
Mustafa ditipu, kali kedua
ialah apabila dia
membubarkan Usno dan
membenarkan Umno
mengambil alih.
Apakah manipulasi dan
penjajahan yang telah
dilakukan oleh Umno
terhadap Sabah?
Kali pertama ialah apabila
Semenanjung mahu Sabah
menandatangani perjanjian
royalti minyak. Pada 6/6/1976,
satu perjanjian sepatutnya
ditandatangani di Labuan.
Tun Fuad Stephens tidak
bersetuju dengan jumlah
royalti minyak yang mahu
dibayar kepada Sabah. Dalam
perjalanan pulang ke kota
Kinabalu, penerbangan
tersebut sepatutnya
membawa bersama Tengku
Razaleigh, tetapi Tengku
Razaleigh telah diminta turun
dari kapalterbang tersebut.
Tidak pasti sama ada ia satu
konspirasi atau kemalangan,
kapalterbang yang membawa
Tun Fuad Stephens dan
Menteri Kabinetnya
terhempas sebelum sampai di
Kota kinabalu. Tun Fuad
Stephens mati bersama
menteri kabinetnya.
Seminggu kemudian,
perjanjian tersebut
ditandatangani dengan
memberikan semua hak
minyak Sabah kepada
Petronas. Pada tahun 2011,
jumlah pendapatan minyak
dari Sabah ialah RM13.721
billion ringgit. Tetapi royalti
yang dibayar kepada Sabah
hanya RM721.7 juta ringgit.
(5%). Macam mana jumlah ini
cukup untuk membangunkan
Sabah sedangkan bajet untuk
Sabah untuk 2011 ialah
RM3.069 billion!! Minyak Sabah
menyumbang hampir 27%
daripada jumlah keseluruhan
pengeluaran minyak negara.
Sabah yang kaya dengan
minyak, tetapi terpaksa
berhutang dengan kerajaan
Umno!!

Pada tahun 1965, Singapura di
"singkir" dari Persekutuan
Malaysia. Sabah dan Sarawak
tidak dibawa berunding
dalam tindakan ini. Secara
logiknya, Penubuhan Malaysia
dipersetujui oleh Malaya,
Singapura, Sabah dan
Sarawak dan apabila
Singapura sudah terkeluar,
maka apakah perjanjian yang
dibuat pada tahun 1963 itu
masih sah???
Maka itu, tidak cukupkah
penderitaan yang kita alami
selama ni wahai jiwa-jiwa
Sabah/Sarawak, marilah kita
pertahankan hak kita selama
ini yang sudah
tergadai..Ayuhlah kita
bangkit sebagai satu
jiwa...pakat-pakat kita mesti
keluar MALAYSIA

With Love;
ALVARO VICTOR

No comments:

Post a Comment

About Me

Just an ordinary people,who want to see independence for his own country.