Friday 8 February 2013

soalan sejarah

Surat terakhir Rosli Dhoby

Berikut ialah surat yang ditulis
beliau kepada keluarganya
sehari sebelum digantung..

Kepada ibu bapaku yang
dimuliai dan ditaati serta
dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda
ucapkan di atas kematian
anakanda yang dahsyat.
Janganlah diingat-ingat dan
dirayukan kerana itu memang
sudah nasib dan takdir
anakanda yang tak dapat
dielakkan dan dimungkirkan
lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak
serta semua ahli kita – Berikan
segala pelajaran sama ada
`Sunat' atau `Fardu' kepada
mereka.

3. Ampunilah dosa dan
kesalahan anakanda dari merah
tapak kaki dipelihara ayahanda
dan bonda sehingga hari
perpisahan anakanda. Dan
halalkanlah makan minum
anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda
dengan PANJI KEBANGSAAN SARAWAK.

5. Segala perkakas tulis menulis,
buku dan pakaian anakanda itu,
berikan semuanya kepada Adik
Aini.

6. Sementara anak kecil Fatimah,
berilah dengan nama ROSLI
sempena memperingati
anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan
maaf serta selamat dari
anakanda kepada ibu tua dan
bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta
ahli keluarga sekalian janganlah
lupa mengamalkan kebajikan
dan mendirikan sembahyang
untuk bekalan istimewa ke alam
yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Rosli Dhoby

1 Mac, 1950.

Soalannya,permintaan keempat dalam warkah terakhir Rosli Dhoby
adalah

4. Selimutilah jenazah anakanda
dengan PANJI KEBANGSAAN SARAWAK.

Jadi,Bendera (Panji) yang manakah dimaksudkan oleh Rosli Dhoby?

A:bendera Sarawak sejak zaman pemerintahan keluarga Brooke
B:bendera Sarawak sebelum zaman pemerintahan keluarga Brooke
C:bendera Brunei
D:bendera malaysia
E:bendera indonesia

jangan pandai-pandai nak ubah sejarah negara orang. Pejuang kebangsaan negara orang nak dijadikan pejuang kebangsaan malaya.kan ketara percanggahannya?

Dum spiro spero

No comments:

Post a Comment

About Me

Just an ordinary people,who want to see independence for his own country.