MALAYSIA, hanya satu gagasan
antara negara. Malaysia hanya
satu persatuan antara negara.
Malaysia hanya satu syarikat
antara negara; dan Malaysia
hanya satu rakan kongsi antara
negara yang ditubuhkan
bersama oleh Malaya, Sabah dan
Sarawak (MASASA).
Pembentukan MASASA itu telah
diluluskan oleh pemerintah
Great Britain untuk dilaksanakan
fungsi aspirasi penubuhannya
pada 16 September 1963.
Inti dan dasar atau terma dan
syarat penubuhan MASASA di
pihak Sabah dan Sarawak adalah
isi kandungan Perjanjian 18/20
Perkara. Manakala, inti dan
dasar, atau terma dan syarat
kelulusan atau pembenaran
penubuhan MASASA di pihak
Great Britain pula adalah isi
kandungan Perjanjian Malaysia
pada 9 Julai 1963.
Antara 9 Julai 1963 hingga 16
September 1963, Great Britain
telah membenarkan Sabah dan
Sarawak mengisytiharkan tarikh
hari kemerdekaan mereka dari
menjadi tanah jajahan British.
Justeru, Sarawak telah memilih
tarikh hari kemerdekaannya
pada 22 Julai 1963. Manakala,
Sabah pula telah memilih tarikh
hari kemerdekaannya pada 31
Ogos 1963.
Dengan kata lain, ada
persamaan dengan tarikh, hari
dan bulan kemerdekaan Malaya,
tetapi berlainan tahun. Menurut
Perjanjian 18/20 Perkara, iaitu
Perkara 9 menyatakan bahawa,
setiap usaha hendaklah dibuat
untuk menggalakkan para
pegawai British supaya kekal di
dalam perkhidmatan awam
sehingga tempat mereka boleh
diambil alih oleh warga Borneo
Utara yang sesuai dan
berkelayakan.
Tegasnya, perkhidmatan awam
kerajaan negara Sabah adalah
hak mutlak penduduk tetap
negara Sabah. Namun begitu,
transisi peralihan kuasa
perkhidmatan awam di Sabah
dari tangan pegawai British
kepada tangan pegawai
perkhidmatan awam penduduk
tetap Sabah mengambil masa
sekurang-kurangnya dalam
tempoh sepuluh tahun (31 Ogos
1963 – 31 Ogos 1973).
Malangnya, selepas tempoh
transisi pengunduran penuh
pegawai perkhidmatan awam
British kepada pegawai
perkhidmatan awam penduduk
tetap Sabah, suntikan maut
jarum fitnah regim Malaya telah
mula dieksport ke Sabah, iaitu
sebagaimana yang telah penulis
jelaskan dalam artikel yang
lepas-lepas.
Dalam erti kata lain, Regim
Malaya telah memecah belahkan
pemimpin Sabah kepada
beberapa gerombolan yang
tamak, gerombolan yang rakus
dan gerombolan pentingkan diri
sendiri; tanpa menghiraukan
lagi atau tanpa memperdulikan
lagi, akan hak-hak dan
kepentingan holistik atau
kepentingan menyeluruh rakyat
Sabah.
Pada hal, tujuan sebenar atau
kemuncak realiti regim Malaya
memecah belahkan pemimpin
Sabah kepada beberapa
gerombolan adalah untuk
membangun sebuah kerajaan
'Barua', sebuah kerajaan
'Boneka' dan sebuah kerajaan
'Kuda Tunggangan' mereka di
Sabah; agar mereka dapat
merompak, menyamun,
mengaut dan memunggah hasil
masyhul Sabah ke Malaya dan
seterusnya memiskinkan Sabah.
Yang demikian, mereka telah
lupa, pura-pura lupa atau
dengan sengaja berani tergamak
mencabul Perjanjian 20 Perkara
dan hak-hak Sabah yang
terkandung dalam Perjanjian
Malaysia 1963. Justeru, puluhan
tahun kemudian, rakyat Sabah
telah dipaksa menghadapi fakta
tragis, fakta tragis yang
berhubung dengan ramai
pemimpin Sabah yang terkorban
dalam peristiwa “Double Six”
pada 6.6.1976.
Puluhan tahun kemudian, Sabah
kehilangan hak ke atas jabatan-
jabatan perkhidmatan awamnya
sendiri. Puluhan tahun
kemudian, Sabah kehilangan
statusnya sebagai negara yang
menjadi rakan kongsi Malaya
dalam Malaysia. Puluhan tahun
kemudian, tanah besar Sabah
menjadi sepi dan lengang akibat
kehilangan Pulau Labuan dan
warganya sebagai satu keluarga
besar rakyat Sabah yang
menjadi warisan bangsa nenek
moyang antara keduanya.
Puluhan tahun kemudian, rakyat
Sabah mendapati dirinya dalam
buangan di tanah airnya sendiri
sebagai bangsa lain-lain dan
mendapati dirinya merengkuk di
sudut gaung minoriti, akibat
rempuhan PATI yang menjadi
warganegara Sabah angkara IC
Projek regim Malaya.
Http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=16775:menggilap-batu-harapan-borneo&catid=40:laporan-khas&Itemid=49
No comments:
Post a Comment