Monday 25 June 2012

angkara 'tangan-tangan ghaib' dari Malaya

Sejak Sabah memperoleh
kemerdekaan pada 31hb Ogos
1963, Kuala Lumpur telah
memastikan supaya mana-mana
Ketua Manteri Sabah tidak akan
bertahan lama apabila mereka
tidak akur kepada kehendak
Kuala Lumpur;

1. Donald Stephen (Tun Fuad)
telah digulingkan dari jawatan
Ketua Menteri Sabah pertama
digantikan Datu Mustapha (Tun)
dengan penglibatan pemimpin
Kuala Lumpur (Syed Kechik
sebagai penasihat kepada Tun
Mustapha dikatakan telah
memainkan peranan penting
dalam hal ini). Ini kerana Donald
Stephen sebagai Ketua Menteri
Sabah pertama telah
memperlihatkan
kesungguhannya
mempertahankan Konsep Asal
Pembentukan Malaysia iaitu
‘rakan sama rata’. Tindakan
serupa juga dilakukan oleh Kuala
Lumpur untuk menggulingkan
Stephen Kalong Ningkan, Ketua
Menteri Sarawak pertama.

2. Keengganan Tun Datu
Mustapha, Ketua Menteri Sabah
untuk tunduk kepada kehendak
Kuala Lumpur pada tahun 1975,
menyebabkan Kuala Lumpur
tidak selesa dan melihat tindak-
tanduk Tun Datu Mustapha
sebagai menggagalkan usaha
Kuala Lumpur untuk terus
menguasai Sabah. Keengganan
Tun Datu Mustapha untuk
menyerahkan kekuasaan minyak
petroleum Sabah kepada Kuala
Lumpur melalui Petronas, tidak
menyenangkan Kuala Lumpur.
Difahamkan bahawa Tun Datu
Mustapha menuntut supaya
Sabah mendapat 35% daripada
hasil minyak petroleum Sabah,
sedangkan Kuala Lumpur hanya
mahu memberi 5% kepada
Sabah.
Dengan fitnah bahawa kononnya
Tun Datu Mustapha sedang
merancang membawa keluar
Sabah dari Malaysia, Kuala
Lumpur menaja Parti BERJAYA
untuk menumbangkan USNO
dalam pilihan raya negeri pada
tahun 1976. Dalam pilihanraya
tersebut, USNO telah tumbang di
tangan BERJAYA.

3. Tun Fuad, Ketua Menteri di
bawah Kerajaan Berjaya pula
telah ditimpa nahas kapal
terbang
dalam penerbangan balik ke Kota
Kinabalu dari Labuan. Tun Fuad
tidak menandatangani perjanjian
penyerahan kuasa petroleum
kepada Petronas dalam
pertemuannya dengan
rombongan Kuala Lumpur di
Labuan kerana, baginya perkara
itu harus dibawa dalam
mesyuarat kabinet dahulu. Datuk
Haris Salleh, Ketua Menteri Sabah
yang telah menggantikan Tun
Fuad Stephen telah mendapat
sokongan sepenuhnya oleh Kuala
Lumpur dengan kenyataan
Mahathir, “berenang dan
tenggalam bersama Berjaya”.
Datuk Haris Salleh telah
menandatangani penyerahan
kekuasan petroleum Sabah
kepada Kuala Lumpur melalui
Petronas, pada 14hb Jun 1976,
iaitu 8 hari selepas nahas kapal
terbang yang meragut nyawa
Tun
Fuad dan rakan-rakannya,tanpa
dibawa dalam perbincangan
kabinet menterinya.

4. Apabila Kerajaan Berjaya
ditumbangkan PBS dalam pilihan
raya 1985, Datuk Joseph Pairin
(Tan Sri) tidak mendapat
sokongan sepenuhnya oleh Kuala
Lumpur kerana perjuangan PBS
pimpinan Datuk Joseph Pairin
Kitingan (Tan Sri) pada ketika itu
dilhat mencabar kepimpinan
Persekutuan dengan mengungkit
hal berkaitan dengan Perkara 20
dan Perjanjian Malaysia yang di
perkenalkan oleh Datuk Dr
Jeffrey dalam perjuangan PBS.

Sejak UMNO menguasai kerajaan
negeri, Ketua Menterinya amat
selesa kerana tidak lagi diganggu
Kuala Lumpur. Ini kerana
Kerajaan Negeri Sabah di bawah
pimpinannya sentiasa tunduk
kepada Kuala Lumpur
termasuklah menyerahkan
beratus ribu ekar tanah Sabah
kepada Kerajaan Persekutuan
dan syarikat-syarikat gergasi
Malaya dan bekerjasama
memberi kerakyatan kepada
pendatang tanpa izin demi
kepentingan politik mereka.

Ini semua tidak disedari oleh
orang asal Sabah selama ini dan
saling menyalahkan sesama
sendiri tanpa mengambil usaha
memahami 'tangan-tangan
ghaib'
dari Malaya yang telah
memainkan peranan.

**copy from Myzone
Bansai Subun

No comments:

Post a Comment

About Me

Just an ordinary people,who want to see independence for his own country.