Tuesday 7 February 2012

KEJAYAAN MALAYA, KEHANCURAN SABAH

Oleh : JAMES AIT

SETELAH Perjanjian Malaysia
ditandatangani oleh wilayah
Singapura, Malaya, Sabah dan
Sarawak, maka dunia
mencipta satu lagi sejarah
selepas perang dunia di asia,
ia itu penyatuan wilayah
menjadi sebuah negara
bernama Malaysia.

Agak sedih kerana tanpa
pengetahuan Sabah dan
Sarawak, Singapura sama
ada dikeluarkan atau
menarik balik atau
sememangnya telah bermain
wayang untuk memikat
Sabah dan Sarawak supaya
bersetuju membentuk
Malaysia kini menjadi satu
tanda tanya yang tidak
pernah terjawab sama ada
oleh Singapura atau Malaya,
ialah kenapa wilayah rakan
kongsi Sabah dan Sarawak
tidak dijemput berbincang
mengenai Singapura tidak
bersama-sama Malaysia.

Peristiwa demi peristiwa
selepas itu, seolah-olah
menjadi jawapan kenapa
Singapura tidak bersama-
sama Malaysia dan kenapa
Sabah dan Sarawak tidak
dijemput bersama mengenai
hasrat Singapura tidak lagi
bersama-sama Malaysia.

Malaya telah berjaya
mendesak Sabah menghalau
pegawai-pegawai British di
Borneo dan menggantikan
dengan pegawai-pegawai
daripada Malaya yang
sepatutnya diisi oleh rakyat
Sabah sendiri.

Apabila Tun Mustapha tidak
bersetuju dengan perjanjian
petroleum cadangan Malaya,
Tun Mohd. Fuad Stephens
dijadikan alat untuk
menjatuhkan USNO pimpinan
Tun Mustapha melalui parti
BERJAYA. Menyedari bahawa
Tun Mohd. Fuad Stephens
juga tidak bersetuju dengan
perjanjian petroleum itu,
maka terjadilah Peristiwa
Double Six yang
mengorbankan enam orang
pemimpin Sabah termasuk
Tun Mohd. Fuad Stephens.

Belum pun habis masa
berkabung rakyat Sabah
kepada pemimpin yang
telibat dalam Tragedy Double
Six, perjanjian petroleum
telah pun ditandatangani di
mana Sabah berhak
memperolehi 5% hasil
petroleum Sabah sementara
95% adalah untuk Malaya.

Tidak lama selepas itu, Pulau
Labuan telah bertukar nama
Wilayah Persekutuan Labuan.
Kebanjiran pendatang asing
mulai terasa. Tanda-tanda
ekonomi Sabah mula dikuasai
orang asing juga mula
kelihatan.

AWISS (Anak Warisan India
Seluruh Sabah) adalah bas
express pertama di Sabah
yang beroperasi dari Sabah
ke Beaufort. Apabila rakyat
Sabah memilih PBS (Parti
Bersatu Sabah) menerajui
kepimpinan Sabah, Malaya
telah memecahbelahkan para
pemimpinnya dan menyertai
UMNO yang telah memujuk
Tun Mustapha supaya USNO
dimusnahkan.

Untuk menguatkan
kedudukan UMNO di Sabah,
maka berlakulah pemberian
kad pengenalan kepada
orang asing yang mencari
makan di Sabah dan
mendaftarkan mereka
sebagai pengundi. Banyak
perkara berlaku untuk
kepentingan Malaya di Sabah.

Kejayaan Malaya menjajah
Sabah melalui UMNO dalan
Barisan Nasional, telah
mengubah perlembagaan
untuk kepentingan Malaya,
termasuk penambahan
kerusi Parlimen dan DUN di
mana hampir keseluruhan
kerusi tambahan diambil oleh
UMNO.

Walau pun calon daripada
parti UMNO adalah Orang
Sabah (sama ada hasil projek
IC) sokongan mereka adalah
kepada Malaya dan bukan
kepada kepentingan rakyat
Sabah.

Hari ini, rakyat Sabah telah
menyedari perkara ini.
Rakyat Sabah sedang
berhadapan dengan cabaran.
Warga asing yang telah
mendapat kad pengenalan
projek UMNO, berusaha
mempertahankan UMNO.
Rakyat Sabah tidak ada
pilihan, selain bersatu tanpa
mengira fahaman politik,
anutan agama dan suku
bangsa. Sabah adalah milik
rakyat Sabah. Rakyat Sabah
berhak menikmati kekayaan
dan hak kemerdekaannya
yang diperlolehi pada 31
Ogos 1963. Rakyat Sabah
berhak mempertahankan
tanah airnya dan maruah
bangsanya demi untuk
generasi bangsa Sabah.

sabahkinimirror.blogspot.com/2012/02/kejayaan-malaya-kehancuran-sabah.html

No comments:

Post a Comment

About Me

Just an ordinary people,who want to see independence for his own country.