Wednesday 25 January 2012

Malaya:Dari Dijajah Menjadi Penjajah.

Pada 18 Januari - 6 Februari
1956, Tunku Abdul Rahman
mengetuai rombongan
merundingkan kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu.
Rombongan tersebut turut
disertai oleh beberapa
pemimpin Parti Perikatan;
Dato' Abdul Razak Hussein, Dr.
Ismail Abdul Rahman, Kolonel
H.S. Lee, Tuan T.H. Tan dan
Encik Bahaman Shamsudin
dan wakil Raja-Raja Melayu;
Dato' Panglima Bukit Gantang,
Dato' Nik Ahmad Kamil, Encik
Abdul Aziz Majid dan Dato
Mohd. Seth. Pada 8 Februari
1956, Perjanjian Merdeka telah
dimetrai dengan menetapkan
tarikh 31 Ogos 1957 sebagai
tarikh kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu.

Sekembali dari London, Tunku
Abdul Rahman telah membuat
Pengisytiharan Kemerdekaan
di Padang Pahlawan, Bandar
Hilir, Melaka pada 20 Februari
1956 dan disambut dengan
penuh kesyukuran dan
kegembiraan oleh seluruh
rakyat.

Selaras dengan persediaan
menyambut kelahiran sebuah
NEGARA yang baru merdeka,
sebuah suruhanjaya bebas
yang dikenali sebagai
Suruhanjaya Perlembagaan
Reid telah dibentuk pada 21
Mac 1956 untuk mengkaji dan
menggubal Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu.
Pada 12.00 tengah malam 30
Ogos 1957, bendera Union
Jack diturunkan di depan
Bangunan Sultan Abdul
Samad, Kuala Lumpur lantas
bendera Persekutuan Tanah
Melayu mengambl alih dan
terus berkibar megah.
Pada keesokan harinya, gema
merdeka sebanyak tujuh kali
memenuhi segenap pelosok
Stadium Merdeka, Kuala
Lumpur apabila upacara
pengisytiharan kemerdekaan
dibuat oleh Tunku Abdul
Rahman. Hasil perjuangan
seluruh orang Melayu dan
gabungan beberapa kaum
lain, akhirnya pada 31 Ogos
1957, Tanah Melayu berjaya
merungkai rantai penjajahan
yang sekian lama
membelenggu peribuminya.
ertinya,malaya dengan 11 negeri didalam sudah lengkap sebagai sebuah negara!

Beberapa tahun kemudian....
Singapura dekat saja dengan malaya.hubungan sejarah mereka pun cukup jelas.tapi ketika dijajah british,singapura
dianggap jajahan yang berasingan.
Sudah banyak kali singapura mencadangkan gabungan malaya dengan singapura.sudah banyak kali juga malaya cuba mengelak dengan berbagai alasan.tiba-tiba,suatu hari,malaya buang tabiat pulak setuju.rupa-rupanya,malaya nak buat sesuatu.

Dan dengan tamak sekali,malaya melirik kearah borneo.....

"Saya melihat perkara yang penting mengenai dengan Malaysia sebenarnya, adalah untuk membolehkan wilayah Borneo memerintah sendiri sekaligus merdeka dalam Malaysia. Hari Penjajahan sudah berakhir dan bukan hasrat Malaya untuk meneruskan penjajahan, apabila wilayah Borneo menjadi sebahagian Malaysia. Ia bukan dijajah lagi tetapi menjadi rakan kongsi yang sama taraf tidak lebih dan tidak kurang dengan negeri lain. Negeri lain yang dimaksudkan iaitu Sarawak, Singapore dan Malaya" Petikan ucapan Tuanku Abdul Rahman Al-Haj, Perdana Menteri Malaya. Sumber: Strait Times, October 2, 1962

Menurut bancian 1960 di Malaya: Melayu 3.460 juta; Cina 2.552 juta; India 700 ribu.singapura pula: Melayu 232 ribu; Cina 1.253 juta; India 140 ribu. Malaya campur Singapura: Melayu 3.6 juta, Cina 3.8 juta.sebab tu melayu malaya takut!

Tapi dengan liciknya,malaya pandang ke Borneo dan mahu melibatkan Borneo dengan agenda politik mereka.sambil menyeimbangkan bumiputra dengan cina,malaya boleh songlap kekayaan bumi borneo.pandai kan? pada mulanya,Borneo langsung tak berminat untuk terlibat.tapi dengan licik,pujuk rayu mereka termakan juga oleh british.lalu british pun mencadangkan kepada borneo yang polos dan belum tahu percaturan politik dunia.

Kepada orang yang di semenanjung malaya,Jangan pernah menyangka malaya hanya adalah nama lama!malaya hanya ahli dalam malaysia! Persekutuan malaysia 1963 sepatutnya bertujuan meniru United Kingdom.United Kingdom terdiri dari negara British,Wales,Schotland dan Ireland Utara.masing-masing mempunyai kedaulatan sendiri sebagai negara.borneo pun rasa ia baik untuk borneo.tapi borneo masih was-was.suruhanjaya cobold pun melakukan tinjauan akan pandangan penduduk borneo dan hasilnya:

33% setuju

33% tidak setuju

Yang selebihnya langsung tak diberitahu!

tapi dengan liciknya,malaya mempengaruhi para pemimpin di borneo ketika itu untuk bersetuju konon demi kebaikan rakyat borneo.walaupun masih ragu,akhirnya pemimpin borneo bersetuju tapi dengan syarat tertentu.di sinilah lahirnya 20 point agreement Sabah dan 18 point agreement Sarawak.Brunei pun nyaris nak ikut tapi rakyatnya membantah,lalu tak jadi ikut.

Lalu,sebelum pembentukan malaysia,untuk menjamin kedaulatan borneo,2 NEGARA itu harus merdeka terlebih dahulu.lalu Sarawak merdeka pada 22 julai 1963 manakala Sabah merdeka pada 31 ogos 1963.kemudian barulah malaysia wujud pada 16 september 1963!

Kemudian selepas 2 tahun penubuhan malaysia.selepas 2 tahun menahan nafsu,malaya pun mengeluarkan singapura dari malaysia ikut suka mereka saja tanpa berbincang dengan borneo.11 negeri malaya yang undi.majoriti konon? bila singapura sudah dikeluarkan,mulalah malaya bermaharajalela mengubah fakta secara beransur-ansur.

Kini,49 tahun selepas pembentukan malaysia,Sabah dan Sarawak turun taraf jadi negeri.bahkan negeri termiskin di malaysia yang mana konsepnya sudah rosak!kekayaan hasil bumi dikaut ke malaya,dan borneo hanya diberi 5% dari apa yang sepatutnya milik borneo sendiri!malaya yang dulu pernah dijajah,bila merdeka menjajah borneo pula!janji 20/18 perkara bagaikan tidak wujud!bangkitlah Borneo!kita tuntut kemerdekaan yang sepatutnya menjadi hak kita!sign petition (klik logo kuning disebelah kanan blog ini) dan kita bawa kes ini ke UN!

2 comments:

About Me

Just an ordinary people,who want to see independence for his own country.