Tuesday, 6 March 2012

Warkah Buat Malaya

Kepada orang-orang malaya.

Salam persahabatan kepada kamu semua.kami dari tempat yang kamu namakan 'malaysia timur',ingin meluahkan perasaan kami di sini terhadap kamu semua.

Kami ingin memberitahu kamu,kami tidak pernah membenci orang malaya walaupun mereka berlagak bila datang ke negara kami.negara yang kamu jadikan 'negeri' ini.

Tentu kamu masih ingat rasanya dijajah oleh penjajah barat sejak portugis menakluk melaka pada era 1500 an dulu.yang kemudian bertukar ganti penjajah beberapa kali sampailah perjuangan tunku abdul rahman menuntut kemerdekaan dari kerajaan british pada 1957.terutama bangsa yang 'bermaruah tinggi' seperti kamu tentu tidak dapat menerima bila berada dibawah bangsa lain.sudah tentu dalam tempoh itu juga sudah banyak yang terkorban akibat menuntut kemerdekaan dengan cara yang salah.

Pada kamu,sejarah itu adalah kebanggaan buat kamu.tapi bagi kami,ia tidak ada kena mengena sebenarnya.tak kenal pun siapa itu mat kilau,tok janggut,atau siapa-siapa.sejarah kita berbeza!bagi kamu,idealogi membenci orang putih memang padan dengan kamu.mungkin kerana itulah kamu sekalian (kebanyakan tapi bukan semua) lemah berbahasa english.akan tetapi,kami katakan,jangan bawa dan sebarkan fahaman itu ke sini kerana,sekali lagi,kerana SEJARAH KITA BERBEZA! kalau bukan kerana orang putih (rajah brooke),Sarawak tidak akan wujud kerana brooke yang menubuhkan negara Sarawak!kalau tidak,ia hanya sebahagian dari brunei!

Dan borneo utara (Sabah) juga begitu!kalau bukan kerana Kompeni berpiagam borneo utara,tidak ada sabah!sebab sebahagian dari sabah diserahkan oleh brunei kepada sulu,sebelum kompeni membeli seluruh sabah!kalau tidak,sabah akan dibahagikan,sebelah sini brunei,sebelah sana filipina!sekali lagi,sejarah kita BERBEZA!kami hanya mula dijajah kerajaan british selepas perang dunia kedua!

Tentu kamu ingat malaya ni nama lama malaysia,kan?sampai kamu sebut "seluruh malaysia,termasuk sabah dan sarawak"?tapi malaysia BUKAN pengganti malaya sehingga kamu menyebut selangor sebagai negeri dalam malaysia!minta maaf.selangor dan negeri-negeri yang lain,yang berbelas itu hanya negeri-negeri dalam malaya.bukan malaysia!malaysia bukan negeri-negeri,tapi 4 negara!dan bila singapura keluar pada 1965,tinggal 3 negara!malaya merdeka 31 ogos 1957,sarawak merdeka 22 julai 1963,dan sabah merdeka 31 ogos 1963.hanya pada 16 september 1963 malaysia wujud!kami bukan merdeka 16 september 1963!kamu kata sabah sarawak ikut malaysia?malaya pun ikut malaysia juga kerana british yang buat malaysia,tahu?apa kamu ingat macam pokemon ke?pokemon malaya bila beri borneo stone (sabah sarawak) evolusi jadi malaysia?begitu?kami ada tarikh kemerdekaan sendirilah!

Untuk pengetahuan kamu,United Kingdom terdiri dari negara-negara iaitu british,scothland,wales,dan ireland utara.masing-masing pun memerintah sendiri.dan berdasarkan acuan inilah malaysia dicipta.jadi kepada pemimpin malaya,ajarlah rakyatmu membezakan antara malaya dan malaysia.

Disini kami ingin menyatakan,kami sudah bosan dengan cara malaya melayan negara kami.kami dilayan bagai warga kelas kedua.janji untuk melindungi kami dari philipina juga dimungkiri dengan kemasukan ribuan atau mungkin jutaan PATI!untuk apa kami dalam malaysia?minyak kami 95% tu kemana?tiba-tiba kami jadi negeri terbesar dan kedua terbesar di malaya?malaysia hasil evolusi malaya?jadi negeri termiskin pula?

Apa yang kami mahu adalah,malaya lepaskanlah kami.tiada gunanya bertegang tidak mahu lepaskan kami.kami sudah muak!kamu mengugut,mengancam dan menakutkan kami bila kami ingin keluar dari malaysia.tapi ketika kami menuntut hak kami selaras dengan 18/20 point agreement,kamu buat pekak je.kamu cuma mahu merompak negara kami kan?

Jangan begitu!kalau kami berjaya keluar malaysia,kami tidak akan menjadi musuh kamu kerana kami bukan suka berperang.

Ketahuilah sejarah.kami bukan sebahagian dari tanah melayu!dalam malaysia pun,kamu tidak melayan negara kami sebagai rakan persekutuan.tidak halal rezeki kamu kalau ia hasil merompak negara orang!kami wajib menuntut kemerdekaan!kamu tahu rasa bila dijajah,kenapa lakukan pada yang lain?bahkan separuhpun dari hasil bumi kami,kamu tidak berhak!ia milik kami sendiri,kenapa kamu mahu lebih?kami pula kurang?

Kami berharap kamu boleh memberi kerjasama.tiada gunanya menahan kami kerana ia hanya akan menyemai perasaan saling membenci pada generasi akan datang.tiada gunanya kamu menyembunyikan kebenaran kerana ia akan tetap terserlah dikemudian hari.

Biarlah malaysia tinggal kenangan.jangan paksakan sesuatu yang telah gagal.jangan teruskan berniat jahat kerana yang bersalah akan menerima pembalasan dari Tuhan.

Sekian dari kami.warga Sabah dan Sarawak.

1 comment:

  1. Hi the voting choices are a good idea to assess views on independence!

    Keep up with the good work!

    ReplyDelete

About Me

Just an ordinary people,who want to see independence for his own country.