Saturday, 24 March 2012

ALASAN-ALASAN PRO MALAYSIA DAN JAWABAN KITA

Sabahan/Sarawakian yang pro atau menyokong malaysia biasanya mengemukakan banyak alasan kerana mereka tidak mahu/takut jika Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia.padahal yang dikatakan risiko oleh mereka bukannya tidak dapat diatasi.adakah sebenarnya mereka tidak mahu negara merdeka atas sebab pribadi?apapun,post kali ini mengemukakan alasan yang selalu dipakai mereka dan jawaban kita.

ALASAN 1:KALAU KITA KELUAR MALAYSIA,PHILIPPINA DAN INDONESIA AKAN MENGAMBIL KITA.KITA TIDAK ADA TENTERA UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI.

Jawaban:untuk pengetahuan anda,sekarang bukan zaman yang boleh berbuat sesuka hati.ada UN!lagipun,kita adalah bekas 'crown colony' atau jajahan British.jika kita keluar dari malaysia,kita akan terus menjadi anggota negara-negara commonwealth.kita patut tahu dulu indonesia pernah mengumumkan konfrantasi dengan malaysia pada era 60an.jangan percaya propaganda malaya kononnya perang itu ditamatkan melalui rundingan.perang pada masa itu sangat mengancam malaysia.tapi malaysia selamat tanpa perlu bersusah payah.anda tahu kenapa?kerana malaysia menerima bantuan dari tentera negara-negara commonwealth.indonesia diserang teruk ketika itu.mana mereka berani lagi?philippina juga akan menerima nasib yang sama kalau mereka nak mencuba.selain dari itu,kedua negara tersebut turut mempunyai masalah dalaman dengan beberapa wilayah mereka ingin keluar dari indonesia atau philippina.ada masakah mereka mahu mengambil Sabah dan Sarawak?pakai Otak!

ALASAN 2:SIAPA YANG AKAN MEMIMPIN SABAH/SARAWAK KALAU KITA KELUAR MALAYSIA?PEMIMPIN KITA SEKARANG BUKAN BOLEH DIHARAP.KALAU KELUAR PUN TAK GUNA DENGAN PEMIMPIN KORUP.

Jawaban:selepas kita keluar malaysia,kita akan turut menukar pemimpin kita.zaman baru akan tiba.selepas keluar malaysia,pilihanraya yang lebih adil akan diadakan.kita dapat pemimpin macam sekarang kerana hanya orang sebegitu yang dibenarkan berkuasa di Sabah/Sarawak oleh malaya!inilah sebabnya kita harus keluar malaysia untuk masa depan generasi yang akan datang!kita tiada kebebasan politik selagi dalam malaysia kerana hanya 'pak turut' malaya saja dibenarkan berkuasa di Sabah/Sarawak!lihatlah Tun fuad stephen!lihatlah stephen kalong ningkan!pemimpin sejati Sabah/Sarawak tidak dibiarkan menjadi pemimpin lebih lama.tapi akan segera jadi mangsa malaya!kalau kita keluar malaysia,pemimpin yang kita mahu akan kita dapat kerana setiap orang berpeluang jadi pemimpin!kita boleh pilih pemimpin yang kita mahu dalam pilihanraya umum pertama yang akan diadakan selepas keluar malaysia!

ALASAN 3:SABAH/SARAWAK BERBILANG KAUM.BOLEHKAH SEMUANYA BERSATU SELEPAS KELUAR MALAYSIA?PASTI AKAN BERLAKU RUSUHAN KAUM.

Jawaban:untuk pengetahuan anda,sebelum pembentukan malaysia,suku kaum di Sabah dan Sarawak hidup dengan aman dan harmoni.bahkan ketika peristiwa 13 mei 1969 pun Sabah dan Sarawak masih aman sebab rusuhan kaum itu hanya terjadi di malaya.keadaan sekarang berlaku kerana dasar "pecah dan perintah" yang diamalkan kerajaan persekutuan untuk melemahkan perpaduan kaum di Sabah/Sarawak.yang pasti,tidak kira apa kaum dan agama pun,setiap warga Sabah dan Sarawak berkongsi nasib yang sama sebagai warga kelas ketiga dalam negara sendiri yang menjadi tanah jajahan malaya.jadi,kita harus mengetepikan semua perbezaan kita dan bersatu padu menuntut hak sebagai rakyat sebuah negara yang merdeka.kita harus buktikan tanpa malaya pun kita dapat bersatu padu tanpa memandang kaum dan agama.

ALASAN 4:TAK PERLU KELUAR MALAYSIA.CUMA KITA PERLU MENUKAR KERAJAAN.HANYA KERAJAAN SEKARANG YANG MENINDAS RAKYAT.SOKONG PEMBANGKANG!

Jawaban:kerajaan atau pembangkang,keduanya sama saja.kita harus tahu walau sebaik mana pun pemimpin dari malaya,ia hanya akan baik untuk malaya.ia tetap tidak akan baik untuk Sabah dan Sarawak! anda ingat mereka akan pedulikan kita kalau bukan musim pilihanraya?anwar ibrahim pun dari UMNO juga.apa beza?DAP pun belum tentu baik.Pas lagilah tak padan dengan Sabah dan Sarawak.kalau Pas yang masuk,mereka akan melanggar 18/20 point agreement kita.jangan kita masih berharap pada malaya!keluar lagi baik!kita negara!bukan negeri!

ALASAN 5:KALAU KELUAR MALAYSIA,KAKITANGAN KERAJAAN AKAN HILANG PEKERJAAN.

Jawaban:sebaliknya,kakitangan akan dikekalkan.bahkan berpeluang naik pangkat.akan ada banyak jawatan kosong yang perlu diisi.akan muncul banyak peluang pekerjaan hingga orang tempatan tidak perlu merantau lagi kerana berpeluang ditempat sendiri.para pakar kita juga akan pulang untuk majukan negara.(kita sebenarnya ada ramai doktor,peguam,arkitek,engineer,bahkan mungkin ahli sains,yang tinggal dan berkerja diluar negara kerana tiada peluang dinegara sendiri.sungguh rugi!)

ALASAN 6:APA AGAMA RASMI KALAU KITA KELUAR MALAYSIA?

Jawapan:kita tidak perlukan agama rasmi kerana itu bererti mempolitikkan agama.negara baru kita hanya perlu mengukuhkan undang-undang yang menghormati hak asasi manusia.sebut saja "hak asasi",ia sudah pun menunjukkan,TIADA AGAMA YANG DILEBIHKAN MAHUPUN DIKETEPIKAN.SEMUA DAPAT HAK SAMA RATA!

Demikian alasan yang selalu kita dapat dan jawaban kita.sebenarnya banyak lagi.tapi yang lain lagi tak masuk akal.apa lagi,sign petition sekarang!klik logo kuning disebelah kanan blog dan sign!sebarkan petition pada ahli keluarga serta kawan-kawan anda!

Petition adalah hak mutlak Kumpulan SSKM.petition bukan milik parti politik.bukan ilham oleh ahli politik.sign demi negara kita!

4 comments:

  1. Dear Admin,
    Sebenarnya tahun 60an,hanya untuk meluruskan saja, Indonesia tidak bermaksud untuk menjajah sarawak/sabah, justeru Indonesia /Soekarno bermaksud untuk membantu rakyat sabah/sarawak menjadi negara yang lepas dari Malaysia,karena malaysia disebut oleh Soekarno "negara boneka neo-kolonialis".... ini yang dikumandangkan Soekarno "Bantu/pulihkan rakjat sarawak dan sabah untuk menjadi negara." oleh karenanya tidak ada komando untuk "menduduki" tapi "bantu"... semoga berguna

    ReplyDelete
  2. skop yg kecil dan tidak menarik.Sedap menulis tapi realiti dan hakikatnya jauh berbeza.Perang bukan dari segi kuderat tapi dari segi lain.Negar asing baru merdeka akan mundur sekiranya ia mengasingkan diri.Belum lgi aspek sosial ekonomi dan dari sudut2 yg lain.Jgn fikir mcm tukar baju

    ReplyDelete
  3. atu jak sya tidakk setuju..AGAMA rasmi :D yg lain sya OK se7 sgt2..tp soal agama..mungkin sya perlu alasan yg lbh kuat dan kukuh napa tidak perlukn agama rasmi :D ...sya sokong lau ada petition kuar Malaysia.. napa perlu royalti minyak 5% @ 15% yg d janjikan pembangkang..sedangkn kita bole dpt 100%.. :D lau risau sal petronas...sma la kesnya mcm dorg melabur d sna kan :D..lau risau sal pekerja..sma la kes nya mcm kerja d luar negara...beza cma kuar malaysia tukar sistem kepimpinan...cakap mmg mudah..teori mmg mudah..tp mo adapt tuh teori ke action tuh yg agak susah :D..tp d mna ada kemahuan dan kesungguhan d situ ada jalan..tidak kah lbh membanggakan kalau kita memimpin kerajaan kita sendiri..negara kita sndiri..sapa lg yg memahami keperluan kita selain diri kita sndiri...cma bila kuar malaysia jan pulak akan ada lahir puak racist dan korupsi... biarlah belajar dr sejarah :D BERDIKARI..berdiri d atas kaki sendiri.. :D..tp sblum merealisasikn tuh semua...anak2 jati sabah mesti bangun..buat anjakan dan lonjakan paradigma dulu..mental pun kena kuat...arus perubahan bukan semudah yg kita sangka...mcm2 bakal berlaku...generasi mudah yg paling penting utk d didik dan d fahamkn dgn agenda masa depan kita.. sbb dorang penyambung generasi.. :D..

    ReplyDelete
  4. kenapa harus dijajah oleh malaya?kenapa mereka yg kuasa sedangkan kita sendiri juga sebuah negara. hari kemerdekaan sarawak 22.07.1963, sabah 31.08.1963 mana kerhomatan kita?

    ReplyDelete

About Me

Just an ordinary people,who want to see independence for his own country.