KUCHING: Perjanjian antara
Malaya, Sabah, Sarawak dan
Singapura dalam mewujudkan
negara Malaysia yang mengan-
dungi Syarat 18/20 untuk
Sarawak/Sabah perlu dikaji
semula demi menjaga
kepentingan rakyat kedua-dua
negeri (Sarawak dan Sabah).
Pada 1961, empat negeri telah
duduk semeja berun-ding untuk
menubuhkan Malaysia dan
beberapa syarat telah diterima
oleh Malaya, Sabah, Sarawak dan
Singapura sebagai asas
penubuhan serta penggabungan
negeri-negeri terbabit.
Aktivis Sosial Wan Zain Syed
Mohdzar berkata, Malaysia yang
telah memilih untuk terus
bergabung dengan Malaya atas
18/20 terma dan syarat yang
digariskan dalam perjanjian
tersebut.
“Justeru, apa yang menjadi isu
ketika ini ialah apakah terma
dan syarat dalam perjanjian itu
boleh dikuatkuasakan oleh
Sarawak dan Sabah dalam
menuntut hak mereka sebagai
negeri yang berga-bung dengan
Malaya,” katanya di sini
semalam.
Menurutnya, terma dan syarat
perjanjian terbabit hanya tinggal
satu perjanjian yang boleh
diketepikan oleh kerajaan
persekutuan tanpa mengambil
berat aspirasi terma dan syarat
penggabungan mewujudkan
Malaysia.
Oleh yang demikian kata beliau,
rakyat Sarawak dan Sabah
berpendapat agar terma dan
syarat itu dibuat secara rasmi
sebagai sebahagian daripada
Perlembagaan Persekutuan dan
memberi perlindungan serta
jaminan hak rakyat Sarawak/
Sabah.
“Kalau tidak rakyat Sara-wak
dan Sabah tetap ketinggalan
dalam semua hal.
“Kita wajib menuntut
kesamarataan peluang dalam
pendidikan, niaga, kerja dan
sebagainya.
“Anak peribumi Sarawak dan
Sabah ramai yang ke-tinggalan
dan sesetengah mereka tidak
diberi peluang untuk terus maju
dalam merealisasikan
penggabungan itu membawa
erti kepada rakyat Sarawak dan
Sabah,” katanya.
www.theborneopost.com/2012/06/20/syarat-perjanjian-sarawaksabah-perlu-dikaji-semula/
No comments:
Post a Comment